Powered by Blogger.
RSS

Terima kasih kerana melawat ruangan ilmu ini.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersuci

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(Ada Video) Taharah

 Kali ini, saya ingin berkongsi pula tentang Taharah.





1. Taharah didefinasikan 
i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas. 



2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat. 


3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan. 


4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... " 


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan " 


5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. 


6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. 



7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenis-jenis air dari segi hukum

Hari ini, saya ingin berkongsi  sedikit info tentang jenis-jenis air.Terdapat banyak jenis air, berikut adalah jenis air yang dinyatakan dari segi hukum:
 
 Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan iyang kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian dan lain-lain. . 

Air Musta'mal
air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.  musta'mal tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar, contoh air tebu , air kelapa
  • Air Muqaiyad
    air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi  Suci tetapi tidak menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci,  Contoh: bercampur sirap kopi dan sebagainya

  • Air Musyammas
    air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

 
  • Air Mutanajjis
    air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolahTidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat datang

Apa Khabar? Moga kemunculan blog ini akan menambah ilmu  kita bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS